Siri Faham Islam - Siri 296 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Mencetuskan Pembaharuan

Siri Faham Islam - Siri 296 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Mencetuskan Pembaharuan

*Siri Faham Islam - Siri 296 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Meningkatkan Produktiviti dan Prestasi Kerja*

_Pekerjaan Di Dunia Juga Menyumbang Hasil Di Akhirat._

Ada yang beranggapan bahawa untuk menjadi orang yang berjaya di akhirat, adalah dengan menumpukan segala usaha di atas dunia ini dengan amalan-amalan ibadah. Lalu mereka pun meninggalkan pekerjaan dunia mereka dan menumpukan kepada amalan yang kononnya untuk mendekatkan diri kepada akhirat. Lalu mereka menuduh golongan yang mencari harta di dunia itu sebagai golongan yang lupa kepada tuhan, tidak mengingati mati dan mengabaikan amalan akhirat mereka. Mereka menuduh orang-orang yang berusaha keras untuk kehidupan dunia sebagai golongan yang bakal tidak cukup amalan, golongan yang akan menjadi rugi di akhirat dan kebarangkalian yang tinggi untuk masuk ke neraka.

Sedangkan bagaimana mahu diletakkan amalan-amalan baik mereka yang berusaha keras dunia yang mungkin tidak dilihat sebagai ibadat akan tetapi sebenarnya mendapat balasan dan perkiraan yang baik di sisi tuhan. Adakah amalan tersebut sia-sia dan tidak dikira oleh tuhan hanya kerana ianya bukan bersifat ibadat seperti solat, puasa dan zikir  yang ditujukan terus kepada tuhan? Kita ambil contoh seorang doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit lebih-lebih lagi pada musim wabak Covid-19 ini. Kita telah merentasi Ramadhan dalam keadaan yang mana mungkin para doktor ini tidak sempat melakukan banyak ibadah sunat seperti solat terawih dan lain-lain amalan yang memberi ganjaran besar sepanjang Ramadhan. Ketika kita solat terawih, para doktor ini sibuk merawat di hospital. Ketika kita bersolat malam, membaca Al-Quran dan tadarus serta duduk di dalam majlis ilmu, mereka ini masih lagi di dalam kamar wad untuk memastikan semua nyawa ini diselamatkan.

Adakah amalan sebegitu tidak diterima tuhan? Adakah tuhan begitu zalim sehingga amalan sebegitu bukan amalan yang baik yang mungkin tidak setara dengan amalan yang kita dapat lakukan? Sudah tentu tidak, bahkan tuhan mungkin memberi ganjaran yang lebih besar kepada mereka kerana berusaha menyelamatkan nyawa. Kerana itu adalah lebih penting dan menjadi kewajipan mereka yang telah ditaqdirkan untuk berkehidupan sedemikian. Bukan sahaja doktor, malah juga orang-orang yang lain yang mungkin mempunyai pekerjaan untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat  walaupun pekerjaan tersebut dibayar gaji oleh majikan.

Janganlah bersedih jika kita tertinggal atau tidak dapat melakukan ibadah sunat yang mempunyai ganjaran besar kerana terpaksa melakukan tugas dan kerja kita yang dianggap sebagai urusan keduniaan. Mungkin tahu ini kita tidak dapat bersolat hari raya kerana bertugas, Allah berikan kita pahala yang sangat besar kerana tugas itu semestinya penting dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat. Tidak kira sama ada pasukan keselamatan bahkan kalaupun pekerjaan anda itu sekadar menjadi pemandu yang menghantarkan manusia ke satu-satu tempat sehingga terpaksa meninggalkan amalan sunat yang boleh dilakukan oleh orang lain, itu tidak bermakna tuhan tidak menerima amalan anda di akhirat.

Bersyukurlah dan berbanggalah, pengorbanan anda itu adalah suatu yang tidak sia-sia di sisi tuhan. Semuanya diberikan ganjaran yang besar dan inilah sebahagian pengorbanan yang harus difahami oleh masyarakat. Walaupun mungkin pengorbanan ini tidak dikenang, akan tetapi ianya tetap menjadi suatu catatan yang baik sebagai amalan yang mungkin dapat meyelamatkan kita semasa menghadap tuhan di depan timbangan mizan.


Selamat Menyambut Aidil Adha

Ust Abdul Halim Ismail
31 Julai 2020
10 Zulhijjah 1441H
Bandar Baru Bangi.

Ikuti kami di media sosial


Tags: #SFInew
July 31, 2020 at 07:28AM
Open in Evernote

Post a Comment

0 Comments