Siri Faham Islam - Siri 295 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Mencetuskan Pembaharuan

Siri Faham Islam - Siri 295 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Mencetuskan Pembaharuan

*Siri Faham Islam - Siri 295 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Meningkatkan Produktiviti dan Prestasi Kerja*

_Syurga Itu Bukan Percuma._

Kaum Yahudi pada suatu masa dahulu mengatakan bahawa mereka adalah kaum yang layak masuk syurga dan menafikan mereka yang lain untuk mendapat nikmat tersebut selepas hari kebangkitan. Menurut mereka syurga itu memang sudah dikhaskan oleh tuhan untuk kaum mereka dan anak cucu keturunan dari kalangan mereka. Mereka telah menganggap diri mereka sebagai kaum yang sangat istimewa di sisi tuhan kerana keturunan mereka telah dimuliakan tuhan atas pelbagai sebab yang mereka sangka-sangka sahaja. Namun begitu kemurkaan tuhan terhadap kaum Yahudi disebut banyak kali di dalam Al-Quran. Kedatangan Islam juga telah menafikan tentang dakwaan mereka yang merupakan satu-satunya kaum yang mendapat syurga serta menafikan mereka yang lain.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ÙˆَÙ‚َالُوا Ù„َÙ†ْ ÙŠَدْØ®ُÙ„َ الْجَÙ†َّØ©َ Ø¥ِÙ„َّا Ù…َÙ†ْ Ùƒَانَ Ù‡ُودًا Ø£َÙˆْ Ù†َصٰرٰÙ‰  ۗ تِÙ„ْÙƒَ Ø£َÙ…َانِÙŠُّÙ‡ُÙ…ْ  ۗ Ù‚ُÙ„ْ Ù‡َاتُوا بُرْÙ‡ٰÙ†َÙƒُÙ…ْ Ø¥ِÙ†ْ ÙƒُÙ†ْتُÙ…ْ صٰدِÙ‚ِينَ

*"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja.* Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar."

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 111)


Sedangkan syurga itu adalah untuk mereka yang berusaha untuk mendapatkannya. Tuhan tidak mengira warna kulit, asal keturunan atau apa-apa juga sebab lain yang berkaitan dengan ciri fizikal manusia yang dijadikan alasan memasukkan manusia itu ke dalam syurga.  Akan tetapi syurga itu diberikan kepada hambanya yang berserah diri kepada tuhan dengan keimanan yang benar dan juga melakukan perbuatan yang baik semasa berada di atas dunia ini. Syurga bukan untuk mana-mana mereka yang mengaku sebagai 'anak emas' tuhan. Akan tetapi semua manusia itu layak masuk ke dalamnya dengan syarat keimanan dan amalan yang benar kepada tuhan.

Pemikiran pemilikan terhadap syurga ini juga bukan sahaja berlaku di kalangan orang Yahudi sahaja, tanpa kita sedari ianya juga berlaku di kalangan orang-orang Islam pada masa kini di hari ini. Mereka ini mengira bahawa cukup diri mereka itu dengan mengucap dua kalimah syahadah, maka sudah pasti dan tentunya mereka ini bakal dimasukkan ke dalam syurga. Mereka beranggapan kalimah itu umpama tiket masuk yang sudah mereka miliki dan hanya perlu ditunjukkan sahaja kepada malaikat di pintu syurga itu nanti.  Sedangkan syurga itu adalah kenikmatan tertinggi semasa di akhirat. Manakan mungkin sebegitu mudah seseorang manusia itu untuk masuk begitu sahaja ke dalamnya tanpa usaha keras atau amalan kebaikan yang sepatutnya bagi mendapatkannya.

Ada juga sebahagian yang lain, berperangai sepertinya anak kunci syurga itu sudah berada di tangan mereka. Mereka menuduh manusia lain sebagai salah di sana sini dengan menggunakan ayat-ayat suci Tuhan. Mereka menggunakan ayat-ayat Tuhan pada jalan salah bagi membenarkan tindakan mereka. Mereka melabel orang yang tidak sealiran dengan pemikiran mereka sebagai munafik dan kafir kerana melakukan sesuatu yang tidak bertepatan dengan cara mereka beragama. Mereka mengenakan pakaian pakaian agama pada diri mereka, namun di dalam hati mereka hanyalah sifat dan sikap tamak terhadap dunia yang dimahukan mereka. Mereka juga memperbodoh orang-orang jahil di sekeliling mereka untuk membenarkan pembohongan yang mereka lakukan sehari-hari. 

Maka untuk mendapatkan syurga itu, usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh harus dilakukan  oleh seseorang itu. Bukan sahaja amalan kebaikan ibadah sahaja perlu dilakukan, bahkan setiap perbuatan semasa masih hidup di atas dunia ini diambil kira untuk melengkapkan pakej yang diperlukan bagi memenuhi kriteria yang cukup untuk menerima ganjaran syurga ini. Pemikiran untuk masuk syurga dengan mudah harus kita ketepikan dan meletakkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai nikmat tuhan yang paling tinggi ini. Kerana nikmatnya yang banyak dan tak tergambar , maka mustahil perkara yang hebat dapat dicapai dengan mudah dengan tanpa usaha yang betul dan bersungguh-sungguh.

Ust Abdul Halim Ismail
30 Julai 2020
9 Zulhijjah 1441H
Bandar Baru Bangi.

Ikuti kami di media sosial


Tags: #SFInew
July 30, 2020 at 06:48AM
Open in Evernote

Post a Comment

0 Comments