Siri Faham Islam - Siri 294 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Mencetuskan Pembaharuan

Siri Faham Islam - Siri 294 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Mencetuskan Pembaharuan

*Siri Faham Islam - Siri 294 : Peranan Iman Di Dalam Kehidupan : Iman Meningkatkan Produktiviti dan Prestasi Kerja*

_Syurga Bukan Untuk Orang Malas._

Orang yang mengaku dirinya beriman, hendaklah orang yang paling patut untuk menjadi seorang yang berusaha keras dalam pekerjaannya. Kerana orang beriman itu dalam melakukan sesuatu pekerjaan tidaklah mereka itu berasa terpaksa. Atau juga kerana didorong oleh suatu kuasa lain seperti majikan atau orang yang membayar upahnya dan dia melakukan kerana keterpaksaan. Semua yang dilakukan oleh mereka yang beriman itu adalah kerana kehendak jiwanya. Ianya adalah dorongan dari dalam dan kemahuan dari dirinya sendiri. 

Orang beriman itu yakin bahawa segala kebahagiaan dan kebaikan dia hari akhirat itu adalah berdasarkan usahanya. Begitu juga segala apa yang dikecapi di atas dunia, juga bergantung kepada sebesar mana usahanya. Mereka tidak menyerahkan segala-galanya hanya kepada Tuhan, walaupun segala perbuatan mereka itu disandarkan kepada Tuhan. Semuanya atas usahanya sendiri akan tetapi hasilnya yang akan diberikan oleh Tuhan. Syurga pada hari akhirat itu adalah untuk mereka yang berusaha. Syurga itu tidak disediakan untuk orang-orang yang malas, yang tidak berusaha untuk mencapai cita-citanya. Tidak kira cita-cita semasa berada di dunia atau juga cita-citanya dalam mencapai syurga di hari akhirat.

Dalam mencapai cita-cita di dunia, orang beriman itu berusaha keras dalam pekerjaannya. Dia mengusahakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat yang telah ditetapkannya. Orang beriman itu tidak bergantung kepada doa yang dipanjatkan kepada Tuhan tanpa usaha yang keras oleh dirinya. Dia juga tidak sekadar percaya kepada amalan-amalan yang dianggap boleh 'mencuri perhatian tuhan' yang disangka menjadi pemangkin kepada rezeki yang bakal diperolehinya. Hanya manusia yang malas berusaha, mengharapkan amalan-amalan tertentu yang kononnya boleh memudahkan rezeki yang bakal diberikan oleh Tuhan kepadanya. Sedangkan dia itu sendiri tidak berusaha dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dimatlamatkannya.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ÙˆَتِÙ„ْÙƒَ الْجَÙ†َّØ©ُ الَّتِÙ‰ٓ Ø£ُورِØ«ْتُÙ…ُوهَا بِÙ…َا ÙƒُÙ†ْتُÙ…ْ تَعْÙ…َÙ„ُونَ

"Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."

(Surah Az-Zukhruf 43: Ayat 72)

Mereka yang beriman itu memahami bahawa tuntutan agama bukan sekadar beribadah dan menyediakan diri dengan solat dan puasa sahaja. Akan tetapi usaha usaha dan kerja-kerja memakmurkan dunia itu juga adalah sebahagian dari tanggungjawabnya sebagai manusia yang beriman. Desakan dan dorongan iman dalam hati orang yang beriman itu menyebabkan dia berusaha dan mencapai hasil yang melebihi dari apa yang difikirkannya. 

Ada sebahagian daripada manusia yang mengatakan bahawa sebagai orang yang beriman kita hanya perlu fokus kepada kehidupan akhirat sahaja. Dan fokus orang beriman itu bertumpu kepada soal ibadah dan amalan-amalan yang disangka hanya itulah amalan ketuhanan. Manakala amalan-amalan dan pekerjaan yang dilakukan di dunia itu tidak mempunyai makna apa-apa dengan tuhan tapi hanya sekadar untuk memenuhi keperluan dunia bagi meneruskan hidup sebelum menemui ajal.

Sedangkan tuntutan kepada manusia yang percaya kepada Tuhan adalah selain daripada beribadat dan beramal untuk hari kemudiannya, dia juga dituntut untuk berusaha di dunia untuk memakmurkan dunia agar menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami manusia.

Maka bagi orang beriman itu ada dua sudut pandang yang harus dilihatnya. Fokus kehidupan untuk bekerja dan berusaha mendapatkan keselesaan dunia dengan jalan yang benar. Keduanya adalah melihat amalan-amalan ibadat khusus yang diwajibkan tuhan untuk dilaksanakannya. Barulah jadinya manusia itu orang yang beriman dengan sempurna menjadikan dunianya itu sebagai ladang akhiratnya. 

Ust Abdul Halim Ismail
29 Julai 2020
8 Zulhijjah 1441H
Bukit Katil, Melaka.

Ikuti kami di media sosial


Tags: #SFInew
July 28, 2020 at 09:23PM
Open in Evernote

Post a Comment

0 Comments