Siri Faham Islam - Siri 30 : Asas Kedua; Al-Quran dan Sunnah Sebagai Sumber Utama Rujukan Agama ; Al-Quran adalah Kitab Suci untuk Seluruh Manusia

Ciri dan Karakteristik  Al-Quran Sebagai Kitab Panduan Sepanjang Zaman : Ciri Ketujuh; Al-Quran adalah Kitab Suci untuk Seluruh Manusia



Allah SWT berfirman:

وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَآءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ  ۚ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا لِّتَعْتَدُوا  ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذٰلِكَ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُۥ  ۚ وَلَا تَتَّخِذُوٓا ءَايٰتِ اللَّهِ هُزُوًا  ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَمَآ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِّنَ الْكِتٰبِ وَالْحِكْمَةِ يَعِظُكُمْ بِهِۦ  ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَآءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعْضُلُوهُنَّ أَنْ يَنْكِحْنَ أَزْوٰجَهُنَّ إِذَا تَرٰضَوْا بَيْنَهُمْ بِالْمَعْرُوفِ  ۗ ذٰلِكَ يُوعَظُ بِهِۦ مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْأَاخِرِ  ۗ ذٰلِكُمْ أَزْكٰى لَكُمْ وَأَطْهَرُ  ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 231 - 232)

Al-Quran tidak diturunkan untuk sekumpulan manusia tertentu sahaja, tidak pula ia turun untuk sekelompok orang pada sesuatu tempoh masa tertentu sahaja. Sifatnya yang sejagat, universal dan mesra dengan semua kelompok manusia menjadikan ianya merupakan bukti suatu kemukjizatan yang datangnya dari Tuhan. Dalam dua ayat di atas yang kami kemukakan tadi, kita dapat lihat bahawa Allah menyebutkan pelbagai kelompok manusia yang melibatkan hukum penceraian kepada wanita yang dinikahi. Dua ayat tersebut bukan sahaja menegur para lelaki yang menceraikan isinya, tetapi juga kepada golongan bapa mertua, dan lain-lain pihak yang terlibat dalam urusan penceraian. I

Sifat Al-Quran itu tidak hanya berdialong dengan akal atau sekadar berdialog dengan hati, akan tetapi Quran itu ianya memuaskan kehendak akal dan dalam pada masa yang sama menautkan hati manusia agar dapat disatukan pembuktian dalil naqli itu dapat diselaras bersama hukum akal. Seperti yang disebutkan oleh Allah dalam surah Al-Infithar ini ;

Allah SWT berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الْإِنْسٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ

"Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -"

الَّذِى خَلَقَكَ فَسَوّٰىكَ فَعَدَلَكَ

"Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;"

فِىٓ أَىِّ صُورَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ

"Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu."

(QS. Al-Infitar 82: Ayat 6 - 8 )

Kitab suci ini juga tidak hanya memfokuskan kepada isu-isu kerohanian dan hati sahaja sepertimana yang terdapat dalam kitab-kitab suci agama-agama budaya yang lain, dan tidak pula ia hanya bertumpu pada hukum akal dan perbahasan logik seperti yang dibicarakan dalam kitab-kitab falsafah kuno atau yang kontemporari, akan tetapi kemukjizatan Quran itu terserlah dengan pada mana ianya memandu hati untuk mencapai hakikat bahawa manusia adalah ciptaan Tuhan yang dipandu oleh hukum yang diturunkan dari langit dalam menuju ke negeri akhirat yang abadi.

Ianya juga tida hanya menumpukan perbicaraannya terhadap sekelompok manusia yang mempunyai kecenderungan tertentu sahaja, dalam pada masa yang sama melupakan sekelompok manusia yang lain yang mempunyai kecenderungan berbeza, Sama sekali tidak kerana Quran ini memuaskan akal dan jiwa semua orang walaupun mempunyai kecenderungan yang berbeza antara satu sama lain.

Itulah Al-Quran yang tidak meninggalkan mana-mana kelompok manusia pun di dunia ini. Tidak hairanlah jika ramai manusia yang mengenal Islam dari Quran dapat meyakini bahawa inilah agama yang datang dari tuhan sebenar kerana kitab yang mengandungi kalamnya punya kemukjizatan yang hebat yang memuaskan akal dan jiwa serta menepati logika hukum alam. Semoga ianya bakal banyak lagi menerangi hati manusia, walau yang sudah beriman mahupun yang belum lagi beriman.

Ust Abdul Halim Ismail
30 Ogos 2019
29 Zulhijjah 1440H
Bukit Katil, Melaka.
 

Post a Comment

0 Comments