Siri Faham Islam : Siri 21 - Islam adalah Jihad dan Dakwah atau Ketenteraan dan Fikrah ; Islam adalah Fikrah

Islam adalah fikrah

Islam terbina dengan disiplin ilmu yang ketat sebagaimana yang telah digariskan oleh para ulama silam agar ianya tidak terkeluar dari prinsip asal agama ini yang membawa rahmat ke seluruh alam. Disiplin ilmu yang ketat ini yang adalah bagi memastikan prinsip agama ini dipacu kepada objektif mengapa agama ini diturunkan kepada manusia. Dalam erti kata lain, ianya bergerak dalam kerangka Maqasid syariah yang bertujuan agar peranan akal tidak ditinggalkan dalam menerima nas dan dalil yang diturunkan. Malahan akal adalah alat utama bagi manusia memahami dan menerima suatu nas tersebut dalam mencanai dan mewacanakan sesuatu isu dalam kerangka agama. 

Allah SWT berfirman:

ÙŠٰٓØ£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ Ø¡َامَÙ†ُوا Ù„َا تُÙ‚َدِّÙ…ُوا بَÙŠْÙ†َ ÙŠَدَÙ‰ِ اللَّÙ‡ِ ÙˆَرَسُولِÙ‡ِÛ¦  ۖ  ÙˆَاتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ  ۚ  Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ سَÙ…ِيعٌ عَÙ„ِيمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 1)

Ini merupakan prinsip yang perlu dipegang oleh setiap muslim. Setiap tindakan yang hendak diambil, hendaklah dengan mengambil kira pandangan atau cerminan nilai Islam terhadap tindakan itu. Sebagai satu contoh yang mudah, di dalam era media sosial hari ini, kita cenderung memberi komen terhadap sesuatu isu dengan niat memperjuangkan Islam tetapi akhlak yang ditunjukkan tidak mencerminkan nilai-nilai akhlak Islam. Komen yang memaki hamun atas dasar membela Islam adalah sesuatu yang tidak Islam malah ianya menghampiri perbuatan jahiliyyahh.



Apa yang dimaksudkan dengan fikrah atau pemikiran, ialah Islam itu sendiri. Sekiranya kita meninggalkan fikrah Islamiyyah dalam setiap tindak tanduk kita, maka akan kekallah kita dalam keadaaan sentiasa melakukan kemaksiatan kepada Allah akibat tindakan melulu tanpa menapis sesuatu perbuatan itu di dalam kerangka norma-norma Islam.

Fikrah Islam juga tidak semestinya selaras bagi semua orang. Terdapat di sana perbezaan yang pelbagai, pendapat yang berbeza dan mungkin juga pandangan dan idea berlainan yang memungkinkan perbezaan  terhadap pola pemikiran yang akhirnya melahirkan natijah yang berbeza-beza terhadap sesuatu isu atau hukum. Perbezaan inilah yang dipanggil sebagai ijtihad di kalangan ilmuan Islam sejak dari dulu sehingga kini. Ijtihad ini tidak akan pernah berhenti kerana peredaran masa dan keadaan suatu tempat yang tidak bersamaan antara satu tempat dan tempat yang lain.

Perbezaan ini dapat dilihat dengan munculnya pelbagai mazhab Fiqh, dan tidak kurang juga munculnya mazhab akidah yang menyebabkan budaya kafir mengkafir di kalangan umat Islam selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda). Namun perbezaan ini tidak menjurus kepada lahirnya agama baru. Akan tetapi Islam itu diperbaharui dengan memahami nas dan teks di dalam konteks yang betul berdasarkan kemaslahatan dan keperluan umat semasa. Namun dalam perkara-perkara yang rigid (tetap) seperti isu akidah dan ibadah khusus yang mempunyai nas jelas dari Quran dan Sunnah tetap kekal sebagaimana ianya diperintahkan pada mula awal Islam dahulu.

Kefahaman menguasai perkara-perkara rigid dan fleksibel (tetap dan boleh ubah) merupakan cabaran baru dalam pemikiran umat Islam kini. Agama ini sudah tidak boleh jadi sekadar ikut-ikutan sahaja, malah ianya menuntut kepada penganutnya menambahkan ilmu alat atau mempelajari metodologi dalam pelaksanaan hukum atau menghadapi cabaran isu yang pelbagai muncul di tengah-tengah masyarakat Islam kini. Tambahan pula di dalam kehidupan Muslim yang bercampur gaul dengan manusia yang beragama lain, menuntut kepada interaksi yang lebih fleksibel dan terbuka tanpa meninggalkan prinsip-prinsip asas nilai Islam dalam mendepani cabaran ini.

Penting bagi umat Islam memahami, pendekatan ekstrim bukanlah sesuatu yang sesuai dalam menghadapi cabaran muslim masa kini, sebaiknya nilai wasatiy (sederhana) mencerminkan nilaian sebenar kualiti akhlak dan ilmu umat Islam itu sendiri. Setiap individu muslim bertanggungjawab untuk memperkasa diri sendiri dengan ilmu agar tindakan yang diambil tidak melulu malah menampakkan kebijakasanaan umat Islam itu sendiri serta menggunakan akal fikiran yang waras berfikir dalam konteks pemikiran Islam agar agama ini tidak dipandang lekeh dan selekeh di mata non muslim yang merupakan prospek dakwah kepada umat Islam itu sendiri.


Ust Abdul Halim Ismail
14 Jun 2018
29 Ramadhan 1439H
Bandar Baru Bangi.

Post a Comment

0 Comments