Siri Faham Islam - Siri 5 : Islam adalah kerajaan & umat ; Konsep kerajaan dan pemerintahan di dalam Islam

Konsep Kerajaan dan pemerintahan

Tidak ada negara yang terbina tanpa ada kerajaan atau pemerintah yang mengawalnya. Keperluan kepada ketua adalah merupakan suatu fitrah kepada manusia apabila mereka duduk di dalam satu kumpulan atau kelompok. 

Dalam sistem kerajaan tradisional, pemerintah pemegang kuasa penuh. Memegang hal ehwal undang-undang, pentadbiran dan semua permasalahan terus diajukan kepada raja atau sultan yang memegang tampuk pemerintahan. Oleh yang demikian pemerintah pada zaman dahulu, memegang kuasa penuh peranan kerajaan dengan bantuan dari pembesar yang dilantiknya. Ini kerana kekuasaan pemerintah pada ketika itu adalah dalam wilayah yang tidak berapa besar dan lingkungan geografi yang kecil. Sehinggalah berlaku perluasan kuasa dan empayar, maka barulah dilantik penguasa tempatan yang menjadi wakil kepada pemerintah utama. 




Ianya berkembang ke era moden yang mana sudah terdapat tiga badan utama dalam sebuah kerajaan moden setelah melalui beberapa fasa dan era peperangan dan revolusi. Tiga badan tersebut ialah kuasa perundangan , kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman. 

Dalam Islam konsep berkerajaan adalah berdasarkan paksi utama iaitu akidah. Yang mana pemerintah yang berkuasa mentadbir negara atas dasar ketuhanan dan keadilan. Selain itu ianya juga berdasarkan kepada prinsip-prinsip Maqasid Syariah. Prinsip Maqasid Syariah adalah merangkumi 5 perkara asas iaitu,

1. Menjaga Agama
2. Menjaga Maruah
3. Menjaga Keturunan
4. Menjaga nyawa
5. Menjaga akal

Maka dengan menjaga 5 prinsip ini bakal berupaya memberi keadilan kepada rakyat dan membolehkan kemaslahatan semua pihak dijamin. Namun begitu di dalam Islam tidak ada suatu kaedah qat'ie atau kaedah tetap bagaimana sistem pemerintahan itu harus berjalan. Ini kerana sistem boleh berubah mengikut peredaran masa dan keadaan setempat. Ijtihad dari pemerintah yang adil dan berkemampuan adalah penting dalam melaksanakan suatu dasar dan membuat satu keputusan yang penting demi kebaikan umat yang tinggal di dalam tampuk pemerintahan wilayah tersebut. 

Ust Abdul Halim Ismail
5 Januari 2018
17 Rabiul Akhir 1439H
Bukit Katil, Melaka. 

Post a Comment

0 Comments